Friday, 22 August 2014

#MalaysiaBerkabung

Assalamualaikum.







22 August 2014.
Malaysia berkabung.

Salam takziah kepada keluarga dan sahabat to those on board. Semoga roh mereka ditempat di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Hari ni satu Malaysia bersedih. FYI, my eldest brother study kat Moscow, Russia. Nak dijadikan cerita bersyukurlah dia bukan salah satu daripada mangsa-mangsa MH17. Jadual flight dia yang sebenarnya bila dia nk pergi Moscow, M'sia > Ams > Moscow. n bila balik, Moscow > Dubai > M'sia. Syukur alhamdulillah dia bukan mangsa. My aunt kat KL yang jaga dia masa dia buat persediaan sebelum ke Moscow dulu mmg terus call family kitorang bila dapat tahu pasal MH17 at the morning the day that accident happened.


Ada dua kesyukuran di situ. My bro balik 1 day earlier and flight dia tak singgah kat Amsterdam. Fuhhhh....Tapi my cousin cakap salah satu mangsa on board is her friend's cousin.

Inna Lillahi Wainna Ilaihi Raji'un. "To Allah we belong and to Him is our return"'.

Yours Sincerely,
NIA 



Wednesday, 13 August 2014

Kawai August Giveaway

Assalamualaikum.

Bismillahirahmanirahim.


Kawaii Giveaway By Rara Deluxe


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Assalamualaikum.Jom sama-sama meriahkan Kawaii Giveaway By Rara Deluxe.Terdapat banyak hadiah-hadiah gempak yang boleh dimenangi.Antaranya ialah Bag dan poster EXO,Button badge,Cash,Hadiah Misteri,Shawl,Tudung Bawal Hoodies,Ladies Accessories,Hand Mask,Viel,Notebook.Jutaan terima kasih ditujukan kepada sponsor yang sudi menaja giveaway ini ^^ 


The Presents tha I wish to own : Shawl and Ladies Accessories. 
Jomlah join because it is a easy going and fun GA...^^

Tuesday, 5 August 2014

[GIVEAWAY] Note Cards From Jasper

Assalamualaikum.

Hey, hey, hey.

Second time join GA. Hoping that I'm lucky enough^^. Kali ni GA dari Farah, who's currently stay at Canada, I think laaa.. Hehehe. Waaa...jauh tu....

Tajuk GA ni, Note Cards From Jasper dari Doodles Of Life .

http://ilovekinderbueno.blogspot.ca/2014/07/giveaway-note-cards-from-jasper.html
Tekan sini

Wish me luck and jomlah join sekali ;)

Thursday, 27 March 2014

#Pray4MH370

#Pray4MH370


#Hope4AMiracle2Happen



Lebarkan sayapmu...

Hilang tanpa jejak...

Di manakah MH370?

Ya Allah...

Kalau tenggelam Engkau timbulkanlah...

Kalau hilang Engkau pulangkanlah...

Kalau hidup kami Bersyukur...

Kalau sudah tiada kami Redha ya Allah...



Saturday, 15 March 2014

Koizora : Sky of Love ( Drama ver.)



Assalamualaikum.

Terbaik tak gambar tu?

Yup! Terbaik macam storyline dia jugak.

Yang rambut putih tu Sakurai Hiro (Seto Koji) and that girl is Tahara Mika (Mizusawa Elena). Drama 6 episode yang extremely sad that made me cried my heart out! 

It was based on true love story that had touch many heart sesiapa yang dah tengok cite nih. This story was so popular that ada lama bentuk drama, filem cartoon, komik online, komik etc. Can you believe it?

Memang I cakap sediih tahap dewa cerita ni. Dari mula-mula sampai akhir episode confirm akan leleh dowh!
Kisah tentang first love yang dilalui oleh seorang gadis remaja biasa yang bernama Mika dengan Hiro. cabaran yang diorang lalui langsung tak terbayang di fikiran I masa first tengok cerita ni.

Selalunya kan kita dah dapat ramal ending suatu movie tu macam mana kan but this one you can't expect anything, my dear. Mesti semua ingat storyline cerita ni macam ni kan?

They fall in love - They broke up - They made up again - They live happy forever after.

NOPE! You are absolutely wrong! They never get to be happy forever after. That boleh nak cerita nak semuanya sebab korang kena tentok sendiri nanti tak jadi kalau I cerita. Cari and tengok sendiri ek. It was a sad ending my dear! Korang mesti tengok ni! kalau tak korang memang rugi!

Love and fear,
NAMZA

Saturday, 1 March 2014

Bukan Dia Tapi Aku



Lututku mula longlai. Hampir sahaja aku terjatuh tapi mujur sempat disambut oleh abahku. Aku dipapah duduk di atas sofa. Pandanganku kosong.

Terngiang-ngiang bicara ummi tadi di telingaku. 

"Adik, ummi harap adik tabah, ya sayang," ujar ummi tiba-tiba. Aku terpinga-pinga lalu menjongket kening kiriku.

"Kenapa ummi ni? Adik memang tabah pun sejak bila pula Adik lemah? Ha ha ha..." balasku cuba berseloroh. Tapi entah mengapa hatiku berasa tidak enak sekali.

Ummi cuba menahan sebaknya sebaik mungkin tapi gagal jua. Dia terus duduk di atas kerusi yang berdekatan dengannya. Aku memandang ke arah Abah meminta penjelasan yang lebih lanjut. Abah juga seakan-akan berat untuk berbicara.

Perlahan-lahan dia mengusap belakang badanku. "Adik, kami dapat berita dari Mummy dengan Daddy Iqy beritahu yang Iqy sekarang ni tengah nazak dekat rumah dia. Dia tak lama, Dik...Sejak semalam lagi dia sakit...cuma..." 

Abah terus mengusap belakang badanku.

Gelas yang tadinya di tanganku sudah berderai mencium lantai. Amat pahit sekali kenyataan ini. Aku memandang Abah ingin penjelasan yang lebih terperinci.

Abah seakan-akan faham dengan pandanganku itu. "Iqy sudah lama disahkan menghidapi kanser leukemia. Diwarisi dari arwah Mama. Tapi dia tak pernah bagitahu sesiapa pun tentang hal ni dan semalam dia mula memasuki fasa terakhir. Doktor kata dia sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Dia hanya menunggu masanya datang sahaja. Tabah, ya sayang..." pujuk Abah.

Aku seakan-akan tidak percaya. Aku kembali semuala ke alam nyata. 

"Adik nak jumpa Iqy!" pintaku. Air mataku sudah bercucuran turun ke pipi. Aku berlari ke dalam bilik untuk mengambil tudung serta kunci kereta Myviku.

Dengan kadar yang cepat aku terus memecut ke rumah Iqy. Pangilan Abah serta laungan Ummi langsung tidak menghalangku. 

+++++++++++++++++++

Aku merempuh masuk ke rumah banglo tiga tingkat yang besar itu. Kedengaran sayup-sayup suara rintihan manusia dari bilik utama di tingkat atas. Aku segera mendaki tangga menuju ke bilik tersebut.

Langkah aku terhenti di muka pintu. Masa seakan-akan berhenti berputar. Sebaik sahaja aku sampai ke muka pintu bilik tersebut, aku terpandang muka cengkung Iqy. Dia sempat melemparkanku senyuman yang cukup indah atau lebih kepada satu senyuman selamat tinggal sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Kini matanya tertutup rapat. Nafasnya tiada dan jasadnya kaku. Mataku mulai kabur dan lututku mulai terasa longlai. Penglihatanku semakin lama semakin kabur dan gelap. 

Iqy dah mati....

Iqy tersenyum puas apabila hajatnya untuk melihat wajah Sang Kekasih sebelm menghembuskan nafas terakhirnya termakbul. Alhamdulillah. Dia perlahan-lahan menutup matanya. Ya Allah, aku ingin bertemu denganMu....

++++++++++++++++++++
"Mard....! Mard..! Sayang! Bangun..." Mummy menepuk-nepuk pipi Mardzatul yang sudah tidak sedarkan diri itu. Mujur di sempat menyambut batang tubuh tunang arwah anak kesayangnnya ini yang baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir sebentar tadi.

Doktor serta jururawat yang merawat arwah Iqy itu terus membantu mengangkat tubuh Mard ke atas sofa. Doktor itu memeriksa tekanan nadi Mardzatul. Sungguh berat ujian yang diberikan kepada pasangan bahagia ini. Baru sahaja ingin mengecapi bahagia sudah terpisah. Dia amat bersimpati.

Daddy memeluk batang tubuh Mummy. Cuba memujuknya agar tabahkan hati dengan apa yang sudah terjadi ini.

Kini satu-satunya anak lelaki kesayangannya telah pergi meninggalkannya buat selamanya. Dia pasrah dan tabah demi semua. Cara arwah Iqy pergi sama sepertimana arwah Mamanya meninggalkannya. Leukemia!

Dia memandang sayu ke arah jasad anaknya yang kini kaku dan sudah tidak bernyawa lagi. Ya Allah aku redha seandainya ini takdir yang telah kau tetapkan buatku. Dia berdoa di dalam hatinya. Air mata yang diseka akhirnya tumpas jua. Dia terus memeluk sambil mengusap perlahan tubuh isterinya itu.

++++++++++++++++++++
Suasana di tanah perkuburan itu sunyi sekali. Cuma sesekali kedengaran burung bercicipan, angin pula bertiup lembut dan awan mulai mendung. Guruh mulai kedengaran. Kilat mulai sabung-menyabung. Tapi jasad itu tetap setia menanti di sisi kubur kekasihnya. 

Tidak kelihatan setitis air mata pun di pipinya tadi dalam hatinya siapa yang tahu? 

Muhammad Rifqy Islam telah pun selamat dikebumikan tepat pada pukul 2.30 petang pada hari Sabtu. Sehari selepas dia meninggal dunia.

Hujan mulai turun renyai-renyai. Tapi jasad itu tetap setia menanti. Alunan bacaan Yaasin tidak henti dari bibir nipisnya itu.

"Sadakallahulazim..." Mard mencium Yaasin tersebut. Dia pelik apabila tidak terasa hujan renyai-renyai itu tadi mengenai bajunya lagi. Dia mendongak ke arah.

Saiful tersenyum kelat. "Pegang ni. Giliran saya pula nak baca Yaasin untuk arwah. Awak tolong pegang ni." Mardzatul menyambut huluran itu. Dia setia memegang payung untuk memayungi mereka berdua sementara Saiful kusyuk membaca Yaasin buat arwah.

Tiba-tiba air matanya menitis. Tersentuh mendengar bacaan Yaasin Saiful itu. Sungguh syahdu dan kusyuk sekali. Pandangan kosong di lemparkan pada tanah kubur itu.

Berehatlah dengan tenang wahai Kekasih...

++++++++++++++++++++
Suasana sunyi sekali di dalam kereta Honda City tersebut. Hanya kedengaran riuh-rendah suara penyampai radio itu sahaja. 

Saiful mengerling Mardzatul yang berada di sebelahnya itu. Mardzatul hanya membuang pandangannya ke luar tingkap yang kabur akibat hujan lebat. Fikirannya kini kosong.

"Masih sedih?" soal Saiful lembut agar tidak menyentuh hati Mardzatul.

Mardzatul bagaikan baru tersedar dari mimpi melemparkan senyuman kelat buat Saiful yang berada di sebelahnya. Sudah lama rupanya dia mengelamun. Tapi perjalanan mereka masih jauh lagi. Iqy selamat dikebumikan di sebelah kubur Mamanya di kampung mereka di Kedah. Itu adalah permintaan yang terakhir darinya.

Dia mengerling Auni serta Wani sudah terlena di tempat duduk belakang. Mungkin penat barangkali seharian menolong semasa kenduri arwah Iqy semalam. Mujurlah ada kawan baiknya yang dua ini yang menenangkan hatinya ketika gundah, kalau tidak entah apalah yang sudah terjadi kepada dirinya ini.

"Hey? Mengelamun pula dia ni..." seloroh Saiful. Cuba mewujudkan suasana gembira di antara mereka.

Mardzatul tersenyum malu. "Sorry.... Apa awak tanya apa tadi?" soalnya malu.

Saiful menggeleng kepala. "Sempat pula dia mengelamun. Dah sampai mana tadi? Jepun? US? UK?..." Mardzatul mula membahang. "...Tak saya tanya sedih lagi ke?" Saiful mengulangi kembali soalannya tadi.

Mardzatul mengulumkan senyumannya buat Saiful. Dia menggeleng lalu menghela nafas perlahan. "Tipu kalau saya kata saya tak sedih dengan semua ni dan tipu juga kalau saya kata saya dah dapat terima semua ni dengan rela hati...."

"And your feeling right now is...?" soal Saiful lagi apabila soalan pertamanya mendapat jawapan yang tidak jelas.

"InsyaAllah saya tak apa-apa. lagipun tak baik kan meratapi arwah?" 

Saiful mengangguk-angguk setuju. Tumpuannya masih lagi pada jalan raya yang kelihatan samar-samar dalam hujan lebat itu.

"You know what? I was this close...." Mardzatul mengandaikan masanya dengan jari runcingnya itu. "..if I was a bit faster, maybe or might be..." suaranya mulai kendur bercampur sebak.

Saiful menggenggam stereng keretanya. Dia mengerling ke arah Mardzatul yang sudah melarikan wajahnya ke luar tingkap. Dia tahu Mardzatul sedang mengalirkan air matanya. Tapi apa yang boleh dia lakukan dalam keadaan begini? Dia cuma seorang sahabat kepada Mardzatul dan selamanya akan kekal begitu.

"Ajal, maut, jodoh, pertemuan dan perpisahan semuanya di tanya Allah. Kita sebagai hambaNya mestilah sentiasa redha dengan dugaanNya. Jangan cepat mengalah! Dugaan ini hanya untuk menguji sekuat mana iman kita kepada-Nya. Kalau Nabi kita boleh hadapi yang lebih teruk lagi dari kehilangan seorang orang yang tersayang mengapa tidak kita? Memang benar kita bukan Nabi Muhammad SAW yang tabah dan kuat imannya tapi tak bolehkah kita mencontohi baginda? Kuat dan tabah?

Bukankah setiap musibah yang menimpa kita ada hikmahnya yang tersendiri? Mungkin Allah tarik nikmat yang kita ada sekarang ni sebab Dia nak kasi kita sesuatu yang jauh lebih baik dari nikmat yang kita ada sekarang ni. Allah itu Maha Bijaksana. Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari-Nya dan memberi kita hujan-Nya sebab Dia nak hadiahkan kita pelangi yang jauh lebih indah dari cahaya Matahari yang membahang itu.

Jadi setiap kejadin itu ada hikmahnya..." terang Saiful panjang lebar setelah sekian lama mereka mendiamkan diri.

Mardzatul menerima setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Saiful itu dengan senang hati. Tenang rasanya hati ini setelah Saiful memujuknya begitu. Lama-kelamaan dia pun turut tertidur. Penat semalaman tidak mampu tidur dan hanya mampu menangis.

++++++++++++++++++++
6 Bulan Kemudian.

Semua mata hanya memerhatiku tanpa sepatah kata. Ummi serta Kak Madhi setia di sisiku. Aku memandang wajah Mummy serta Daddy yang berasa di hadapanku itu. Mereka hanya tersenyum nipis kepadaku.

"Kalau Mummy dengan Daddy tak nak Mard terima lamaran ni. Mard sanggup. Tapi kalau..." belum sempat Mardzatul habis berbicara  Mummy segera memotong.

"Mard sayang, Mummy dengan Daddy akan bahagia sangat kalau Mard boleh lupakan arwah dan teruskan hidup yang baru. Mummy dengan Daddy merestui dan menghormati setiap keputusan yang Mard buat. Apalah hak kami untuk menghalangnya?" ujar Mummy bersungguh-sungguh.

"Betul tu, nak. Setiap keputusan yang Mard rasa betul, itu juga keputusan yang betul buat kami berdua. Arwah pun dah enam bulan pergi meninggalkan kita semua. Jadi tak salah rasanya kalau Mard nak teruskan hidup dengan orang lain. Yang dah lepas tu biarkanlah ianya berlalu pergi, kita yang hidup ni mestilah teruskan hidup kita.

Jangan terlalu terikat dengan janji-janji manusia ni sebab janji Allah yang paling teguh sekali. Daddy dengan Mummy tak ada hak nak sekat kebahagiaan Mard. Tak adil sekiranya kami hanya mengambil kira perasaan kami sahaja sedangkan MArd menderita. Terima sajalah, nak." pujuk Daddy pula. Aku memandang ke arah Abah. Abah sekadar menangguk perlahan seraya tersenyum nipis.

"Okey, kalau semua dah kata macam tu, Mard setuju. Terima kasih, Mummy, Daddy..." Senyuman nipis terkoyak di bibir nipis dan merah jambu Mardzatul itu.

++++++++++++++++++++
Kini sudah hampir tiga bulan dia bergelar tunang kepada Mardzatul Akmal. Saiful bahagia. Walaupun begitu dia tahu, semakin hampir dengan tarikh akad nikah mereka, Mardzatul kelihatan sekamin resah. Mungkin dia tidak mahu digelar pengkhianat kerana akan berkahwin dengan orang lain setelah arwah tunangnya yang dahulu meninggal dunia belum sampai pun satu tahun lagi.

Dia faham perasaan itu walaupun pada hakikatnya dia tidak pernah merasai pengalaman tersebut.

Mardzatul tetap menjaga hatinya walaupun dia tahu Mardzatul sedang berperang dengan perasaannya sendiri. Antara setia dengan kebahagiaan, dia mesti memilih antara salah satu sahaja kerana tak mungkin dia dapat kedua-duanya.

"Mard, kita akan menjadi suami isteri yang sah pada minggu hadapan..." kedengaran suara Saiful dari corong telefon. Mardzatul cuak. Dia menjawab panggilan ini dengan hati yang gembira tetapi apabila mendengar suara Saiful sebegitu dia menjadi cuak.

"Kenapa dengan suara awak? Awak sakit ke? Selsema?" soal Mardzatul, prihatin.

Kedengaran tawa halus dari sebelah sana. Mardzatul semakin cuak.

"Tak adalah saya cuma rindukan awak. Tak sabar rasanya jadi suami awak yang sah..." ujar Saiful perlahan.

Mardzatul tersentak. Fikirannya mula melayang mengingati kembali bagaimana dia serta Iqy dahulu. Setiap malam selepas bertunang Iqy akan membisikkan kata-kata yang manis kepadanya. 'Iqy  tak sabar nak jadi suami Mard'. 'Iqy nak peluk Mard puas-puas bila kita dah kahwin ni'. 'Iqy rasa kita akan bahagia selamanya selapas kita kahwin nanti' . 'Ah, lamanya rasa majlis akad nikah kita tu, Iqy dah tak sabar nak bergelar suami Mard yang SAH nieee...'

Ah, betapa aku rindukan semua bisikannya itu.

"Mard...?" panggil Saiful

Mardzatul terus tersedar dari lamunannya. Dia menyeka air mata yang mengalir di pipinya. "Ya! Apa?" soalnya dengan suara yang masih sebak.

Kedengaran Saiful mengeluh halus. "Kita memang akan tetap macam ni walaupun selepas kita kahwin kan?" Mardzatul kurang mengerti dengan soalan Saiful itu.

"Maksud Epul?" soalnya kembali.

"Maksud Epul...Epul akan tetap menjadi yang terakhir walaupun selepas kita sah jadi suami isteri nanti, kan?"

Mardzatul tersentap. 

"Tak! Mestilah Epul yang pertama! Epul kan suami Mard?! Kenapa? Epul tak percayakan Mard? Epul tak yakin dengan Mard?" Kedengaran esakan halus dari corong telefon itu. Menangiskah lelaki itu?

"Kalaulah...Kalau! Kalaulah Iqy masih hidup lagi, Epul tetap yang pertama ke?" 

Mardzatul terkelu. Apakah?

Saiful tersenyum sinis melihat Mardzatul hanya berdiam diri. Dia tahu inilah jawapannya walaupun Mardzatul tidak melafazkannya dia tetap tahu. 

Talian pun dimatikan. Mardzatul masih lagi terkelu. Bersalahkah dia? 

++++++++++++++++++++
Majlis akad nikah berjalan dengan lancar sekali. Dengan sekali lafaz sahaja, Mardzatul sudah sah bergelar isteri kepada Mohammad Saiful.

Usai Saiful menunaikan solat sunat dua rakaat. Kini tibalah masanya untuk majlis membatalkan air sembahyang. Saat jejariari Epul yang hangat itu menyentuh tanganku, tangan itu terus memanaskan tapak tanganku yang sejuk akibat berdebar ini. Dia pun mencium dahi lalu turun ke hidungku dan naik semula ke dahiku. 

Saudara-mara yang hadir tersenyum nakal semuanya. Ada saja tanggapan mereka. Mardzatul sudah bagaikan udang panggang mukanya. Merah menyala ditambah pula dengan kulitnya yang putih itu.

"Tak sabar nampak? Tunggu ah dulu bro, berapa jam saja lagi dah boleh ngap!" Semua ketawa mendengar Amir, teman sepejabat Saiful berseloroh. Semakin membahanglah muka Mardzatul ditambah pula dengan senyuman Saiful yang tersirat seribu satu makna itu.

Ah betapa dia rindukan senyuman manis itu. Sejak dari malam mereka bergaduh - secara mental hari tu, mereka langsung tak berbual mahupun berjumpa. Kini hatinya terpegun melihat Saiful segak berbaju melayu putih dan bersongket tenun yang tebal.

Saiful juga begitu. Tidak dapat dia gambarkan rasa kagumnya apabila melihat Mardzatul memakai baju kurung putih yang diperbuat daripada kain sutera asli yang ditempah khas untuknya. Hadiah daripada Mummy serta Daddy Rifqy sebelum mereka berangkat ke UK untuk terus menatap di sana.

Saiful merenung Mardzatul bagai ingin ditelan sahaja Mardzatul di situ. Eh, mana boleh telan nanti siapa aku nak peluk tidur malam ni? Tak pasal-pasalkan ada yang masuk angin keluar asap!

Mardzatul terasa amat malu apabila Saiful dari tadi tidak lepas dari mernungnya. Sekali tengok macam nak makan aku pun ada. Ni tak boleh jadi ni, dahlah aku ni penakut orangnya. Cool, Mard. Cool. Relax...telahnya dalam hati.

++++++++++++++++++++
Mardzatul merenung cincin Platinum yang bertatahkan sebutir berlian di atasnya. Dia mengusap perlahan jejarinya yang masih terang berinai. Tanpa disedari senyuman manis terbit di bibir merah jambunya itu.

Mardzatul mengeliat kecil apabila terasa bagai ada angin hangat bertiup di cuping telinganya. Dia mengeliat lagi apabila angin itu sekali lagi bertiup di tempat yang sama. Nakal betul mamat seorang ni! 

Sekali dia berpaling...

"Baaa!!!" Sergahnya yang memakai topeng hantu yang sangat hodoh dan menakutkan itu. 

Apa lagi menjerit satu rumahlah minah tu. Spontan tangannya menolak kepala Saiful sehinggakan Saiful jatuh ke bawah.

"Adik, kenapa? Apa? Apa yang berlaku ni?" soal Ummi kelam kabut apabila mendengar suara jeritan nyaring anak bongsunya itu.

Mardzatul membuka matanya. Dia melihat Ummi, Abah, Walid serta Ibu berada di muka pintu yang sedari tadi lagi terbuka dengan riak yang cuak sekali. Dia menangkap bunyi gelakan dari bawah katil. Dia mengetap bibirnya. Tak guna punya suami! Kau kenakan aku ek!?

Saiful sudah ketawa terbahak-bahak di tepi katil. Sakit di badannya langsung tidak dirasai apabila akhirnya dia dapat mengenakan Mardzatul. Pucat lesi muka isterinya itu apabila disergah begitu. Berguna juga topeng ni ya?

Ummi, Ibu, Walid serta Abah yang memerhati masih tidak dapat menangkap apa yang sedang berlaku. Pelik. Si suami tergelak terbahak-bahak tepi katil, isterinya pula di atas katil dengan muka yang pucat lesi. Ini malam pertama dia orang ke apa ni? Peliklah budak-budak zaman sekarang ni. Macam-macam hallah.

"Adik, kenapa ni?" soal Abah sekali lagi.

Masing-masing menanti jawapan dari Mardzatul. Mardzatul sudah menahan malu, manakala suaminya masih lagi ketawa tergolek-golek di bawah katil. Lucu sangatlah tu.

"Ummi...tengoklah Epul nieee....Dia main sergah-sergah...lepas tu dia pakai topeng hantu yang hodoh lagi menakutkan tu. Lepas tu boleh pula dia ketawa macam tu? Abah...." rengek Mardzatul bagaikan ingin menangis. 

Ibubapa serta mertuanya sudah menahan gelak. "Apalah budak-budak zaman sekarang ni? Dahlah, ingatkan apalah yang seram sangat tadi tu...Ish..buat terkejut kita sajalah budak-budak ni." guman Ummi dan berlalu pergi. Di bibirnya terpalit senyuman bahagia. semoga anaknya bahagia dan dapat melupakan kisah lamanya itu.

"Epul! Sekali lagi ibu dengar menantu ibu ni menjerit sebab lawak bodoh awak tu, jangan harap ibu bagi kamu jumpa dia buat seminggu ni. Tidur sekali pun tak boleh! Siaplah kamu nanti. Menyusahkan betullah budak nie..Geram kita dibuatnya. Huh!" Ibu mengikut langkah Ummi untuk ke dapur. Alah bukannya dia nak buat betul-betul pun. Lagi dia suka adalah. Hurm alamatnya dapatlah aku merasa nak timbang cucu lepas ni. Ha ha ha. 

 "Epul..." panggil Walid berbaur tegas. Mardzatul dengan muka kesiannya. Bajet cute gitu.

Saiful menyahut perlahan dengan tawa yang masih bersisa. Perlahan-lahan dia bangun lalu duduk di birai katil. Senak perutnya ketawa kuat sangat.

Abah menggeleng kepalanya sambil tersenyum nipis. "Ketawa, ketawa juga tapi janganlah sampai hilang malam pertama ni. Banyak nikmatnya tau. Ha ha ha. Kamu tanggunglah sendiri sekejap lagi. Abah tak nak masuk campur..."Abah mengelat dan terus ke dapur semula. Tawa Saiful erus mati. Alamak! Hilang malam pertama? Oh my Got!

+++++++++++++++++++
Saiful memandang Mardzatul yang sudah merenung tajam ke arahnya. Air liur yang ditelan terasa kelat sekali.

"Ha ha ha...Hah, kamu tanggunglah sendiri bab ni. Apa yang walid nak tahu walid nak timbang cucu. Kamu usahakanlah sendiri, ya. Assalamualaikum!" Sindir Walid lalu mengunci pintu bilik kami dari dalam sebelum menutup rapat pintu tersebut.

Suasana sunyi seketika. Saiful dengan kecelaruan ideanya manakala Mardzatul dengan ketidakpuasan hatinya.

"Jahat! I hate you!" Mardzatul memukul-mukul Saiful dengan bantal tidurnya. Saiful menahan amukan Mardzatul itu.

"Okay, okay, okay. I'm sorry. I'm sorry..." rayu Saiful apabila Mardzatul semakin galak memukulnya.

Bibir Mardzatul sudah mencebik-cebik seperti bayi bila mereka hendak menangis. Saiful terpegun. Comel! Mata Mardzatul sudah berair. Dia berhenti memukul Saiful tetapi dengan sepantas kilat dia mencubit pinggang Saiful. Saiful mengaduh sakit.

"Sakitlah sayang..."rengek Saiful sambil menahan kepedihan di pinggangnya akibat cubitan maut dari Mardzatul tadi. Maunya lebam esok ni. 

"Padan muka! Siapa suruh buat macam tadi tu? Buatlah sekali lagi, saya tak nak tidur dengan awak dah lepas ni. Awak tidur sensorang dengan topeng buruk awak tu. Huh!" Mardzatul memalingkan mukanya ke arah lain.

"Alah, janganlah merajuk..." 

Tiada respon.

Cup!!!

Mardzatul terpana. Dia memandang ke arah Saiful dan kini bibirnya pula yang menjadi mangsa. Tadi pipi. Mukanya sudah membahang. Dia menundukkan wajahnya ke bawah. Malu.

"Malu ek?" Saiful galak mengusik.

"Sayang..." Saiful menarik dagu Mardzatul agar memandang ke arahnya. "..abang just nak minta maaf tentang apa yang abang cakap dalam telefon seminggu sebelum kita kahwin tu. I was totally lost at that time. Abang tahu yang abang tak sepatutnya ungkit cerita lama when you were trying to get over it but I was like..." ucapannya terhenti apabila dia melihat air mata berlinangan keluar dari tubir mata isterinya itu.

Belum sempat dia bertanya, tubuhnya tiba-tiba dipeluk oleh Mardzatul. Mardzatul mengemaskan pelukan pada leher Saiful lalu dia menangis sepuasnya di bahu Saiful.

"Saya minta maaf dengan awak. Salah saya. Saya sepatutnya dah boleh lupakan arwah bila awak masuk meminang saya hari tu. Tapi bayangan arwah asyik menari-nari di minda saya. Arwah meninggalkan impak yang terlalu besar dalam hidup saya. Bukan mudah untuk saya lupakan dia, awak.

Awak tak perlu minta maaf. Memang salah saya bila tetiba teringatkan arwah sedangkan awak sedang bercakap dengan saya. Lelaki mana yang tidak tercabar egonya bila gadis mereka ingat orang lain apabila bersama? Memang wajar pun awak buat macam tu dekat saya. saya yang salah bukan awak. Jadi jangan sesekali salahkan diri awak, ya?" Terang Mardzatul panjang lebar dengan nada sebaknya.

Saiful mengangguk faham. "Tapi saya tertanya-tanya juga. Kenapa sayang terima lamaran abang sedangkan masa tu sayang tahu yang sayang masih tak mampu nak lupakan arwah sepenuhnya lagi kan? Kenapa?" soal Saiful sambil mengelap sisa air mata yang terdapat di pipi Mardzatul.

Mardzatul menarik nafas yang sedalam-dalamnya. Dia memegang pipi Saiful dengan kedua-dua belah tangannya. Matanya kini menatap mata Saiful. Sesuatu yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini.

"Malam sebelum arwah meninggal, arwah sempat call saya. Masa tu dia bercakap sambil tidur atas paha Mummy. Dia manja sangat dengan Mummy malam tu tapi Mummy biarkan saja sebab mungkin dia saja nak bermanja. tapi tak sangka pula itu sifat manjanya yang terakhir. Suara dia pula sayup-sayup sahaja kedengaran malam tu.

Arwah sempat pesan macam-macam dekat saya. Saya tak menjawab pun bila dia bercakap. Bibir saya bagaikan terkunci rapat. Saya pun pelik kenapa saya jadi macam tu malam tu. Arwah mula bercakap yang bukan-bukan. Dia kata dia rindu sesangat dekat Mama dan tak sabar rasanya nak jumpa Mama. Dia kata kalau nanti dia tidur tolong jangan kejutkan sebaliknya tolong baringkan dia sebelah Mama. Saya ingatkan dia cuma main-main malam tu. Tapi saya silap. Dia memang 'tidur' sebelah Mama selepas tu. Dia pesan lagi Bila dia tak ada nanti jangan lupa ziarah kubur dia dan sedekahkan kepada dia juga mama Al-Fatihah dan juga Yaasin.

Awak bayangkanlah, saya hanya mendengar pesanan arwah buat saya. Dia cakap dia tahu tentang perasaan awak dekat saya macam mana. Arwah pesan dekat saya, kalau dia mati tolong jangan gantikan dia dengan orang lain selain daripada awak sebab hanya awak yang mampu jaga saya dengan baik, kata arwah."

Saiful membuka mulutnya. "Jadi sayang terima abang sebab itu adalah amanah Iqy?" soalnya tegas.

Mardzatul tersenyum lalu membelai lembut pipi Saiful. "Tak. Itu cuma pesannya saja. Saya terima awak selepas saya buat solat sunat isthikarah selama lima malam berturut-turut dan hanya wajah awak yang muncul dalam mimpi saya. Sejak itulah saya yakin bahawa arwah betul, hanya awak yang boleh jaga saya. 

Walaupun pada zahirnya awak tidak menjaga saya, tapi awak sentiasa menyokong saya dari segi mental. Kata-kata semangat awak yang membuatkan saya masih meneruskan hidup sehingga sekarang ni. kata-kata awak jugalah yang bagi saya semangat untuk terus berjuang. Sehingga ke akhirnya. Setiap kali nampak awak saya rasa berdebar-debar. Tapi saya takut nak nyatakan sebab rasa bersalah dengan arwah. Saya dah jatuh cinta dekat awak sejak kali pertama awak tolong saya selepas arwah meninggal lagi."

Saiful tersenyum senang mendengar jawapan ikhlas dari bibir isterinya itu. Terus dirangkul tubuh itu apabila dia selesai berbicara.

"I love you."

"I love you too," balas Saiful.

Mereka pun hanyutlah dalam bahtera cinta yang tak berkesudahan. Akhirnya, dua jasad kini menjadi satu dan dua hati berstu jua akhirnya.

++++++++++++++++++++
Hari ini adalah hari bahagiaku. Akhirnya aku berjalan menamatkan pelajaranku di peringkat Master. Aku kini sudah disahkan mengandung setelah sepuluh bulan berkahwin tapi tiada sesiapa yang tahu sebab aku pun baru tahu semalam. Ha ha ha. Suama aku yang doktor sendiri pun tak dapat nak agak yang aku ni dah mengandung. Bijak tak aku?

Tapi aku sedih juga hari ini kerana suami tercinta tidak dapat menyertai kejayaanku ini kerana dia doctor-on-call minggu ini. Jadi, terimalah nasibnya bila dah berkahwin dengan seorang doktor.

Aku meminta diri untuk ke tandas sebentar dengan ibu bapa serta mertuaku yang sedang sibuk berkenalan dengan sahabat-sahabat baikku serta ibu bapa mereka. Siapa lagi kalau bukan Auni dengan Wani?

Sebaik aku selesai menggunakan tandas, telefonku berbunyi. 'Hubby-boo' tertulis di skrin. Aku biarkan telefon itu menjerit sendirian. Biar padan muka dia. siapa suruh tak datang sangat.

 Aku hanya duduk termenung kosong memandang lautan manusia yang menbanjiri ruangan dewan utama universiti ini. Ada yang menangis, ada yang bergembira bersama keluarga atau rakan masing-masing. Tapi jarang sekali yang keseorangan menantikan kelibat yang tersayang sepertiku.

Baru sahaja aku mahu hanyut dalam dunia khayalanku, aku dikejutkan dengan satu suara serak-serak basah yang memanggil namaku dari belakang. Aku berpaling ke belakang dan melihat Ashraf sudah berdiri di belakangku sambil tersenyum-senyum.


"Ada apa kau panggil aku?" soalku hairan.


Aku sedang duduk di atas bangku di sebuah taman yang berdekatan. Jarang ada orang di situ. Hanya beberapa orang sahaja. Aku dapat mendengar dengan jelas nafas berat yang dihela oleh Ashraf. Aku menjungkit kening kananku dengan muka yang hairan.


"First of all, congrats..."


"Okay, thanks..." jawabku perlahan.


Ashraf mengelap peluh yang mula keluar di dahinya. Asal pulak mamat sengal ni? Dah gila ke apa? Sekali lagi Ashraf menarik nafas yang dalam.


"Kau tahukan, kita dah lama kawan. Dan kau pun dah lama kenal aku dan aku pun dah lama jugak kenal kau. Kita berkenalan sejak kita berumur 14 tahun lagi. Kau jumpa..." Belum sempatAshraf menghabiskan bicaranya aku sudah memotong.


"Boleh tak kau straight to the point? Aku tak suka simpang-siur ni." tempelakku.


"Okey,.." Tiba-tiba Ashraf melutut di hadapanku seraya mengeluarkan sebuah baldu merah hati dari kocek seluarnya. "Aku nak minta tolong dengan kau...Aku nak kau..."


"What?! Are you nut?!" jeritku terkejut sebelum sempat Ashraf menghabiskan ayatnya. Ashraf juga nyata terkejut dengan reaksiku. Ashraf terkebil-kebil memandangku.


"Why? What wrong?" soalnya nanar.

"It is wrong. Untuk pengetahuan kau, aku dah kahwin. Mungkin kau tak tahu lagi tapi memang aku tak bagitahu sesiapa pun kecuali kawan-kawan baik aku sahaja. Aku dah sepuluh bulan kahwin. Aku bukan nak sakitkan hati kau. Tapi aku minta maaf sesangat..."


"Wait...wait...wait..." Aku terus senyap dan merenung tanah selepas Ashraf bersuara. Biarlah dia melampiaskan marahnya kepadaku. Biarlah dia puas hati.


"Apa yang kau duk melalut ni, bodoh?" soalnya seraya tertawa lucu.


Aku memandangnya pelik. "Bukan ke kau nak melamar aku ke tadi?" Aku bertambah pelik apabila Ashraf menggelengkan kepalanya.


"Kau ni luculah. Apa? Kau ingat aku tak tahu yang kau dah kahwin? Dah lamalah aku tahu, bodoh. Auni dah bagitahu aku sejak awal-awal lagi. Tapi dia cakap kat aku jangan bagi tahu dekat kau. Nanti kau marah.


Aku bukannya nak melamar kau. Kau punya pasallah ni aku dah lupa ayat aku. Apa yang aku nak cakap tadi ya?" Ashraf berfikir sebentar. "Hah...sebenarnya aku...aku...aku..."


"Kau apa?!" jerkahku.


                               "Aku nak masuk melamar Auni sebab aku rasa aku dah jatuh cinta dekat dia!" Aku menutup mulutku. Begitu juga Ashraf. Aku menelah air liurku.


"What?! Are you serious?" Ashraf terangguk-angguk seperti burung belatuk. "OMG! Wah!!!" jeritku sambil terlompat-lompat gembira. Ceh, macam aku pulak yang kena lamar. Terlebih sudah.


 "Jadi aku nak kau bagi cincin ni kat dia sebagai tanda. Kalau dia setuju suruhlah dia pegang cincin ni sebagai tanda. Kalau sebaliknya bagilah balik, aku tak kisah. Kalau dia setuju, akan cakap kat famili aku and then suruh dia orang tolong masuk meminang. Boleh tak kau tolong aku?" ujarnya sambil membuat muka yang penuh berharap.


"Bodoh! Yang kau memandai buat opening macam tu tadi buat apa? Kan, dah salah faham! Orang cakaplah terus-terang. Tak adalah aku malu sekor." Ashraf tersenyum bagai kerang busuk.


"Eleh, kaulah yang bodoh! Siapa suruh kau potong ayat aku dulu. Dahlah aku tengah nervous. Tiba-tiba pulak kau cakap sesuatu yang bodoh kat aku. Entah apa-apalah minah sekor ni." perlinya balik.


Setelah habis berbincang, kami pun meminta diri masing-masing. Seakan-akan hilang kesedihanku setelah mendengar berita tersebut. Ashraf menyerahkan aku kotak baldu tersebut untuk diserahkan kepada Auni. Wow, beruntung kau Auni. Yaa Auw. Ha ha ha.


++++++++++++++++++++
SAIFUL mundar-mandir di balkoni biliknya. Macam mana ni? Bodoh punya hospital! Masa aku nak cepat tulah dia nak buat penggilan kecemasan. Ini semua salah kau! Padahal aku dah minta cuti hari tu. Huh, tak pasal-pasal aku yang kena. huh!

Saiful buntu. Macam mana dia nak pujuk Madzatul. Sedari semalam lagi, sejak dia mengambil Mardzatul tak ada sepatah perkataan pun yang keluar dari bibir munggil itu. kalau ditanya pasti hanya anggukan atau gelengan sahaja balasannya. Saiful menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Datanglah idea, datanglah wahai idea.


Saiful berpaling sebaik sahaja terdengar derap tapak kaki keluar dari bilik air. Dia melihat Mardzatul yang baru sahaja selesai mandi. Rambut masih basah. Dia memakai baju t-shirt serta tuala separa pinggangnya yang hanya sampai ke lutut yang menampakkan betis bunting padinya yang putih melepak itu.


Saiful merenung betis yang putih melepak itu dengan perasaan yang bergelora. Dia menelan air liurnya. Sabar hati, sabar. Tahan dulu. Biar aku pujuk dia dulu. Baru ngap!


Mardzatul yang perasan dirinya sedang diperhatikan hanya buat bodoh. Sabar hati, sabar. Biar aku berpuas hati dulu dengan pujukan dia baru boleh berbaik semula dan dapat rindu dikeluarkan dari hati ini.


"Sayang...masih merajuk lagi ke? Marah lagi ke? Sayang..." rengek Saiful sambil mendekati Mardzatul yang sedang duduk di atas katil. Mardzatul sudah berperang dengan perasaannya. Wahai hati janganlah engkau cepat menyerah.


Jarang sekali dia boleh bertahan dengan rayuan itu. Hatinya mula memberontak untuk memaafkan Saiful. Sebenarnya sudah lama dia memaafkan Saiful. Dia faham akan keadaan Saiful sebagai seorang doktor. Maklumlah dia pun nanti ini bakal doktor juga. He he he


 "Sayang..." rengek Saiful lagi. Mardzatul buat bodoh saja sambil bermain dengan telefon Samsung Galaxy Trend yang telah dihadiahkannya.


 Saiful geram apabila Mardzatul tidak menghiraukannya. Dia terus merampas telefon tersebut. Mardzatul membulatkan matanya. Baru sahaja dia hendak membuka mulutnya, bibir Saiful tiba-tiba meragut lembut bibirnya. Dia cuba menolak tapi kekuatannya tidak mencukupi untuk menolak tubuh yang sasa itu. Dia memukul pula dada Saiful tapi Saiful pantas menangkap tangannya.


 Mukanya mula membahang sebaik sahaja Saiful menghentikan perbuatannya. Saiful tersenyum meleret. Mardzatul terus menundukkan mukanya. Malu untuk menatap muka itu.


 "Selagi sayang tak maafkan abang, selagi itu abang akan kiss sayang sampai sayang maafkan abang." ugut Saiful nakal. Mata Mardzatul hampir terbeliak kerana terkejut. Kenapalah aku dapat suami yang nakal nak mampus macam ni? Ya Allah, Engkau kuatkanlah imanku. Amin.


 "Nak maafkan ke tak?" Mardzatul diam.


 "Okey, fine..." Saiful memuncungkan bibirnya seperti ingin mengucup sekali lagi bibir merah Madzatul itu.


 Mardzatul yang cemas mula bersuara. "Ya, ya, ya." Saiful tersenyum puas lalu dia mengucup pipi gebu Mardzatul. Mardzatul menundukkan kepalanya yang sudah membahang itu.


"Alah malu-malu..." sakat Saiful yang makin galak menyakatnya.

"Eiii..." Saiful terjerit sakit apabila Mardzatul mencubit bawah lengannya. Esok confirm biru. Power gilerlah cubit bini aku ni. "...Mana aci main ugut macam tu. Tapi kalau lain kali awak buat macam tu lagi, siaplah awak. Saya smackdown awak. Faham?!" kecam Mardzatul.

"Patik menjunjung perintah Tuanku." ujarnya sambil menyusun tangan sepuluh seperti menghadap raja. 


Mardzatul mengetap bibir lalu dia terus menggeletek pinggang Saiful sampai Saiful terjerit-jerit kegelian. Mardzatul juga terjerit apabila Saiful menyentuh bahagian sensitivnya, iaitu di lehernya. Mereka ketawa bersama-sama kembali.


"Sayang, abang nak twins." kata Saiful tiba-tiba sambil memandang Mardzatul penuh makna.


Mardzatul buat-buat tersenyum. "So?" soalnya bodoh.


"So..." Saiful tersenyum penuh makna. "..abang nak twins lah."

++++++++++++++++++++
Akhirnya berita kehamilanku terbongkar jua. Mula-mula tu Saiful agak marah juga bila aku merahsiakan tentang hal ni tapi aku kan isteri kesayangannya, mana boleh marah lama-lama. Nanti melepas. ha ha ha.




 Sungguh aku bahagia sekarang ini, ya Allah. Terima kasih atas kurniaanMu yang cukup sempurna ini, Ya Allah. Engkau lindungilah keluarga kami dari bala bencanaMu, ya Allah. Biarlah kami berbahagia hingga ke akhir hayat kami. Amin.



Aku juga tumpang bahagia kepada sahabat-sahabat baikku yang kini sedang berbahagia sepertiku.



 Auni kini sudah sah menjadi isteri kepada Ashraf. Setelah aku menceritakan peristiwa tersebut kepadanya dia tergelak lucu. Sebenarnya dia juga ada menyimpan perasaan terhadap Ashraf. Namun, disimpan dahulu kerana masih belajar dan dia juga takut Ashraf menolak cintanya. Jadi dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sahaja. Kini aku yakin bahawa dia sedang berbahagia bersama Ashraf.



Wani pula sedang menyambung pengajiannya ke tahap yang lebih tinggi di UK. Dengar cerita tunangnya juga belajar dia sana. Tapi dah setahun lebih. Hebat Wani, sekali boleh, yang berkacukan Jepun-Melayu kau. Kau ada? 



Aku pula macam ni sajalah. Ada jugalah pasang surutnya. Namun aku akui bahawa aku sangat bahagia di sisi Muhammad Saiful. Selama aku bersama dia, aku sangat bahagia. Bila dia tiada, aku sedih. 


Iqy, Mard bahagia sekarang ni. Mard harap Iqy pun macam tu juga dekat alam sana tu, ya. Kami dapat anak twins, Iqy. Mard letak nama dia orang sama macam nama Iqy. Muhammad Rifqy Islam dan Muhammad Saiful Islam. Cantik tak nama anak Mard, Iqy? Iqy sentiasa berasa di satu tempat di hati Mard ni. Selamanya.

Rifqy, aku nak berterima kasih sangat dekat kau, bro. Aku bahagia. Kau betul, dia memang ditakdirkan untukku. Terima kasih kawan. Kau selamanya kawan baik aku biarpun kau musuh aku dalam percintaan. Terima kasih atas pengorbanan kau ni. Aku sayang kau dan aku tak sesekali sia-siakan peluang yang kau berikan ini...

"Abang..." Saiful berpaling ke belakang apabila mendengar suara Mardzatul memanggilnya. Mesti kembar cilik mereka sudah tersedar. Dia bergegas ke bilik bayi di sebelah biliknya meninggalkan sepucuk surat serta sebuah diarinya tadi di atas meja kopi tersebut.

Surat itu terbelek ditup angin menampakkan sesuatu di dalamnya.

.......kau tahu penyakit aku ni so aku harap sangat kau boleh tolong jagakan Mard buat aku. Hanya kau yang aku harapkan dan aku rasa kau berdua memang sesuai. Semoga kau berdua bahagia. Assalamualaikum...