Saturday, 31 August 2013

Selamat Hari Kemerdekaan ke-56

Assalamualaikum. 

Baiklah, haaaa....bersempena dengan hari KEMERDEKAAN Malaysia yang ke-56 hari ini, aku akan memulakan post aku yang pertama.



(Tema Hari Merdeka Ke-56)


(Perdana Menteri Ke-6 Malaysia dan Isteri)


Bismillahirahmanirahim. Aku ber'aku-kau' lah ek sebab aku ni nak kata kasar tak adalah kasar sangat macam 'tomboy' apatah lagi 'pengkid' . Jauh sekali. Aku masih sedar fitrah aku sebagai seorang gadis a.k.a girl. (Tarik nafas dalam2).Kita tarik nafas lega ya sebab Alhamdulillah sudah 56 tahun kita hidup aman damai di Malaysia. Syukur kepada Allah. Jujur aku cakap, Aku Sayang Malaysia. Biarpun Malaysia tak setanding Korea Selatan apatahlagi Amerika Syarikat, tapi aku tetap sayang Malaysia. Malaysia, Truly Asia!

Mungkin ramai yang bila baca cakap aku ni, kereklah, main angin lah, poyo ke apa ke. Tapi ada aku kesah? Ada Mak Esah Kesah? *Mata ke atas tangan ke bahu Suka hati aku lah dah negara aku lahir mestilah aku sayang! kalau bukan kita yang nak sokong negara sendiri siapa lagi wahai adik-adik, kakak-kakak dan abang-abangku sekalian? Aku mengaku yang aku ni bukan patriotisme sangat tapi salah ke kalau aku sayang negara aku sendiri? Tak salah kan? So buat apa nak malu mengaku sayang negara sendiri?

Sempena Hari Merdeka ni aku nak cakaplah sikit. Orang Yang Paling Bodoh Ialah Orang Yang Puja Negara Orang Lain Lepas Tu Kutuk Negara Sendiri Then Marah Dekat PM, Kenapa Malaysia Tak Popular Macam Negara Yang Aku Minat tu? Oiii, Mak Cik, sebab kau lah ngek! Orang sebegini bukan sahaja B.O.D.O.H malah otak dia sudah terbalik dan fius-fius dalam kepala dia sudah tersalah sambung, agaknyalah. Mak tak tahu, dowh!

Ingat, tak kira sekecil apa pun negara kita, sebesar mana pun negara orang lain. Kita kena bangga dengan negara kita sendiri. Sebab itulah tanah air kita. Tanah tumpah darah kita. *Darah aku tak pernah tumpah atas tanah Malaysia. Woi tipulah kalau tak pernah. Tu masa kau terhiris pisau, darah kau jatuh tu. Kira acilah tu....

Okeylah tak nak tulis panjang2, takut kau orang malas baca pula. *Kalau ada orang bacalah. Bye, Assalamualaikum. Semoga kau orang tak suka entry aku ni sebab aku budak baru belajar belum 'pro' lagi. =)